Wellbeing – Bahaya Selalu Makan Ubat Tahan Sakit S14
4 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 03 Jun 2026 telah berlangsung Program Wellbeing – Bahaya Selalu Makan Ubat Tahan Sakit S14 yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran peserta mengenai risiko pengambilan ubat tahan sakit secara berlebihan atau tanpa nasihat pakar kesihatan. Peserta diberi penerangan tentang kesan sampingan yang boleh berlaku antaranya kerosakan buah pinggang, hati, perut serta risiko ketagihan terhadap ubat tersebut. Ianya juga bertujuan untuk menekankan kepentingan mengambil ubat mengikut dos yang disyorkan dan mendapat nasihat daripada doktor atau ahli farmasi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: